Persatuan ini telah didaftarkan semenjak 10 Ogos 2010, setelah sekian lama untuk memohon pendafaran sebagai satu persatuan bagi kakitangan skim PLV seluruh Malaysia. Alhamdulillah tercapai jua cita - cita semua kakitangan PPPLV. Nombor pendaftarannya ialah 1936-10-WKL.
Ia tidak tertakluk kepada satu atau dua kakitangan sahaja, malah terbuka kepada semua PPPLV seluruh Malaysia dan pelbagai agensi yang mempunyai kakitangan bergred berkenaan. Ia juga terbuka kepada pegawai bergred jawatan 17 hingga ketahap tertinggi.
Antara tujuan penubuhannya adalah ialah untuk menjaga kebajikan semua kakitangan perkhidmatan tersebut serta memartabatkan perkhidmatan. Ia juga bertujuan untuk memartabatkan latihan kemahiran ketahap yang sewajarnya.
Mesyuarat Agong pertama telah diadakan di IKBN Chembung pada 19 Jun 2011. Mesyuarat Agong tersebut telah dijalankan dengan lancar. Antara ahli jawatankuasa yang telah dilatik adalah seperti berikut :
Yang Dipertua : Hj. Zainuddin bin Yahaya (KBS)
Naib Yang Dipertua : Hj Shamsudin bin Jamil (JPK)
Setiausaha : Pn. Norhuda binti Salim (JTM)
Penolong Setiausaha : Pn. Zuriyati binti Abu Hassan (JTM)
Bendahari : Cik Hjh Junita binti Mohd Ali (JPK)
Ahli - Ahli : 1. En. Mohd Zairi bin Ramly (KBS)
2. Tn. Hj. Mohd Yazid bin Awalludin (JPK)
3. En. Yusop bin Ibrahim (KBS)
4. En. Mohammad Tahir bin Rahmat (KBS)
5. Pn. Siti Rom binti Darman (JPK)
6. Tn. Hj. Bahman bin Ibrahim (JTM)
Selain dari itu, pemeriksa kira - kira juga dilantik bagi memasti segala perbelanjaan dipatuhi. Mereka ialah Pn. Siti Fauziah bte Jumadi (JPK) dan En. Churemi bin Sairi.
Semua ahli mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan berjanji untuk melaksanakan tugas - tugas mereka berasaskan perlembagaan persatuan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTahniah di atas kewujudan blog PPLV ini.
ReplyDeleteKhabarnya wakil2 negeri telah dilantik... mungkin boleh disiarkan...
ReplyDeleteBagaimana nak join ni?
ReplyDeleteHidup lagi ke tak persatuan ni?